SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI GPMS CAWANGAN KHAS UTEM . INI WILAYAH KAMI , INI WILAYAH GPMS . BELAJAR TERUS BELAJAR .

24 Oct 2011

KEJAYAAN SEORANG MANUSIA

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap.Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.

~~BELAJAR TERUS BELAJAR~~



23 Oct 2011

Assalamulaikum.....Tahniah Kepada mereka yang berjaya



Alhamdulilah~~

Selesai sudah konvokesyen pelajar - pelajar UTeM....Tahniah kepada mereka yang berjaya dengan kejayaan mereka yg mereka tempuhi dalam masa 4 atau 3 tahun di UTeM.....
Moga kejayaan terus di sisi pelajar - pelajar UTeM....GPMS UTeM sentiasa mendoakan kejayaan pelajar - pelajar UTeM supaya terus maju ke hadapan dan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik~~~

..BELAJAR TERUS BELAJAR..

19 Oct 2011

SALAM SATU MALAYSIA DARI SAYA



SAYA SELAKU YANG DIPERTUA GPMS CAWANGAN KHAS UTeM YANG BARU,
NAMA DIBERI MOHD ZUHAILI SOBRI BIN AMRAN
DIHARAP SEMUA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK
AMIN..

INI ADALAH AHLI MAJLIS TINGGI CAWANGAN KHAS UTeM:

YDP        : MOHD ZUHAILI SOBRI BIN AMRAN      B021010293             FKEKK
TYDP     : MOHD FIRDAUS BIN ISHAK                    B051010146             FKP
NYDP 1 : MUHAMMAD AFIQ BIN RAHAT               B061010005             FPTT

NYDP 2 : AFFENDY MOHD SALEH                          B051010168            FKP

NYDP 3 : NOR AMALINA BTE RAHMAN                 B061010094            FPTT

S/U         : SITI NOR MUNIRAH BT ABU BAKAR   B031010253             FTMK
N.S/U     : SITI HAJAR BT WAN MOHD SAWAPI   B031010254             FTMK
B/RI        : NOORMUNIROH BT RAZALI                   B061010020             FPTT
N.B/RI    : HASYIMAH BTE RAZAK                           B050910017             FKP


EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN SISWA/I :


MOHD FAZAL BIN KALIK                                              B051010153          FKP

NURUL HAZIRAH BT MD AROF                                  B031010316          FTMK


EXCO PENERANGAN DAN PENERBITAN : 


MOHD AMIN BIN HASANUDDIN                                B021010242          FKEKK

NUR FARAHANA BT RUZLI                                        B031010333          FTMK


EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI :


MOHAMMAD AMRAN BIN IBRAHIM                       B051010227           FKP

NUR WAJIHAH BINTI ZUHAIRI                                B061010037           FPTT


EXCO KEUSAHAWAN & AKTIVITI REKEASI :


NURIZZIATY BT ABD RAUP                                       B061010101          FPTT
NUR SHAZRINA BINTI ZAINAL ABIDIN                   B031010328          FTMK

EXCO PERHUBUNGAN DAN KEAHLIAN :



AIDA BTE ADENAN                                                       B031010322    FTMK 

AIMIE NADIA BT MAD NASIR                                      B031110031     FTMK



** SAYA MENGHARAPKAN SOKONGAN DARI KALIAN SEMUA KERANA SOKONGAN KAMU SEMUA MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN KITA BERSAMA......INSYAALLAAH ALLAH SENTIASA MEMBERKATI USAHA BAIK KITA

MELAYU DAN ISLAM

Ummah Melayu akan kembali hebat apabila kembali kepada kekuatan yang berasaskan Islam secara menyeluruh dengan mengetepikan segala ancaman serta pengaruh budaya luar yang tidak bertepatan dengan acuan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.....
“Membangunkan semula jatidiri dan keperibadian umat Melayu berasaskan Islam sehingga ia menjadi umat yang kuat, bersatu padu dan memiliki keyakinan merupakan usaha asas di dalam mengembalikan kegemilangan Islam di kalangan kita”

16 Oct 2011

Mukadimah GPMS

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu


SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa



SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami 


BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan. BERIKRAR “Dengan hati yang suci murni, kami pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan Keislaman dan Kebangsaan; berjuang dengan berani kerana benar untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat mencapai kemajuan dan kemuliaan bangsa Melayu”


Moto GPMS:


“BELAJAR TERUS BELAJAR”