SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI GPMS CAWANGAN KHAS UTEM . INI WILAYAH KAMI , INI WILAYAH GPMS . BELAJAR TERUS BELAJAR .

18 Dec 2011

CARA TUNTUTAN BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS


Assalamualaikum.

Bajet 2012 memperuntuk kan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

sekian..

sumber:kb dan denai hati.

16 Dec 2011

Mengimbau Aktiviti GPMS Terhadap Tanah Air Kita...

Perutusan Khas Penaung GPMS


GPMS PERJUANGAN BANGSA


GPMS BERSAMA KESHIDO


GPMS MENYERAHKAN MEMORENDUM BANTAHAN PADA OGOS/2008


SUKAN WARISAN


TRAILER DOKUMENTARI GPMS MENITI PERJUANGAN ANAK BANGSA




KEM JATI DIRI KESANG TUA


Dan Banyak Lagi Programme yang akan dipaparkan..
Harap Setiap HARI MenjamU Ilmu Di 
BLOG GPMS UTeM INI...
~BELAJAR DAN TERUS BELAJAR~

Akses percuma perkhidmatan pendidikan Maxis

       
       PENERAJU penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjalin perkongsian bijak untuk menyediakan akses percuma kepada perkhidmatan pendidikan utama Maxis menggunakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekolah yang sedia ada.

       Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das berkata, perkhidmatan baru ini menyediakan pelajar sekolah menengah dengan kaedah pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan penerokaan yang boleh diakses online secara percuma. "Kami berharap bahawa ia akan menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan untuk pelajar.
"Dengan inisiatif ini, kami gembira untuk menyokong usaha kerajaan dalam membina keupayaan, membantu untuk membangunkan sebuah masyarakat masa depan yang celik teknologi, dinamik dan inovatif," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini.


       Kandungan perkhidmatan ini adalah berdasarkan kurikulum pendidikan rasmi yang disampaikan mengikut keperluan pelajar, dan sentiasa diacu untuk menyampaikan satu pengalaman pendidikan yang inovatif.
Kerjasama antara Maxis dan KPM telah dimulakan melalui bengkel sulung yang disertai 120 pengetua dan guru-guru dari 30 buah sekolah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

       Semasa bengkel, guru-guru dan pengetua dapat mengalami dan meneroka penyelesaian pembelajaran Maxis serta ditunjukkan cara-cara untuk mengintegrasikan penyelesaian tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) harian mereka.

       Untuk mewujudkan rasa teruja menggunakan perkhidmatan ini, Maxis memperkenalkan satu cabaran untuk peserta bengkel yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu cabaran sekolah dan cabaran pelajar.
Cabaran tersebut yang dijadualkan berakhir pada 1 Mac 2012 menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000 bagi setiap sekolah dan RM1,000 untuk setiap pelajar.

       Program ini akan diperluaskan kepada 70 sekolah yang lain untuk menjadikan jumlah keseluruhan 100 sekolah sebelum dilaksanakan di 2,300 sekolah di seluruh negara.


14 Dec 2011

Persidangan Agung Tahunan GPMS (PAT-57) ---> Part 1

          Salam perjuangan daripada kami warga GPMS Cawangan Khas UTeM. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada GPMS Kebangsaan yang diterajui oleh Saudara Jaiz Bin Abdul Karim (Presiden) di atas kelancaran programm tersebut.

Persidangan ke-57

PAT kali ini semakin meriah dengan kehadiran seorang ahli VIP iaitu Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar Perak. Walaupun mempunyai tanggungjawab yang besar tetapi masih sudi meluangkan masa untuk menghadiri persidangan ini.


Menteri Dan Majlis Tertinggi

Selepas Majlis perasmian oleh Y.A.B. Dato' telah merasmikan pelancaran Majalah Suara GPMS 2011 dan Skim Tuisyen Online GPMS-Skor A..


Ditandatangani Oleh Y.A.B Dato' 


Terima Kasih Dato'

Majlis Kemudian Diteruskan dengan pengumuman Anugerah GPMS Terbaik 2011.


ANUGERAH AMINUDDIN BAKI
(Anugerah Negeri terbaik)


ANUGERAH ABDUL WAHAB ARIFF
(Anugerah Cawangan Terbaik)


ANUGERAH KHAS PRESIDEN
(Anugerah Cawangan Khas Terbaik)

Selepas majlis penganugerahan, Majlis diteruskan lagi dengan majlis penganugerahan Cek daripada pihak sponser kepada Pihak GPMS Kebangsaan dengan disaksikan oleh Menteri Besar Perak.


Sumbangan Daripada Pihak Score-A


Sumbangan Daripada Perbankan Islam

Terima Kasih diucapkan kepada semua penyumbang, Harapan agar tahun depan bagi lebih lagi...hihihi
Selepas upacara tersebut, majlis berehat seketika untuk memberi ruang kepada semua Perwakilan menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.


Makan la wei....


Mantapkan...

Selepas semua perwakilan kekenyangan, semua dijemput masuk kembali ke dalam dewan untuk meneruskan Persidangan. Majlis Diteruskan dengan Perbincangan yang bertajuk PEMIKIRAN NAJIB RAZAK DARI NAZRAH GENERASI MUDA. Perbincangan kali ini akan diwakili daripada beberapa tokoh negara yang disegani di negara ini.


Wakil Perbincangan



Hadirin Kusyuk Mendengar


Sempat Lagi ek..

Majlis diteruskan lagi dengan mengambil pandangan dan suara daripada generasi muda.



Tajuk yang dibincangkan



Para Pengulas / penbentang kertas kerja


Kemantapan Suara Generasi Muda

Selepas majlis pembentangan kertas kerja.
Majlis kan Bersambung Pada pagi esok....Perwakilan Bersurai


Majlis Pengambaran





















12 Dec 2011

Kanak-Kanak Dah Semakin Pandai

Terpukau lihat kecekapan minda kanak-kanak selesai soalan matematik


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pantas mencongak soalan matematik yang diberikan secara spontan dan mampu menghafal 15 jenis perkataan dalam masa tidak sampai satu minit.

Inilah aksi-aksi kanak-kanak yang menyertai program Permata Insan pada Ekspo Permata 2011 hari ini. Kebolehan mereka itu begitu menakjubkan pengunjung.


Kebolehan kanak-kanak ini adalah hasil daripada program Permata Insan yang bukan sahaja memberi ilmu rohaniah bahkan kemahiran dalam bidang akademik tanpa pembelajaran yang membosankan.

Pengarah Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (gambar) berkata, program Permata Insan bukan sahaja memberikan ilmu rohaniah kepada kanak-kanak terlibat, malah turut mendedahkan kemahiran berfikir secara pantas dalam bidang akademik.

"Permata Insan turut mengadakan aktiviti yang mampu membangunkan minda dan membina keyakinan diri kanak-kanak," katanya selepas demonstrasi kebolehan peserta program Permata Insan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CMA Mental Arithmetic Ivy Lina Tiang berkata, kanak-kanak yang terlibat bukan sahaja dapat meningkatkan minda, malah keyakinan dan jati diri.

"Kami sudah dua tahun terlibat dengan Permata Insan. Kami mengamalkan corak pembelajaran yang seronok dan tidak membawa tekanan kepada mereka. Ini terbukti berjaya melahirkan kanak-kanak yang bijak dan pantas berfikir," jelasnya.

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Hadif Darwish Badrul Hisham, 8, berkata, dia secara sukarela menyertai program ini kerana mahu mempelajari teknik yang mampu meningkatkan daya ingatan seseorang.

"Saya diajar teknik-teknik menjawab soalan matematik dan ternyata ia seronok dan saya akan teruskannya. Program ini membolehkan saya berfikiran pantas dan menyelesaikan matematik dengan mudah," ujarnya.

Seorang lagi peserta, Nur Farzana Rosni, 8, berkata, program itu mengajar dia menjadi lebih yakin dan meningkatkan kebolehan menghafal.

"Saya enam kali mengikuti program ini dan mampu menguasai kaedah-kaedah dalam menyelesaikan soalan matematik. Ini satu kelebihan yang boleh dipraktikkan semasa di sekolah,'' katanya.

Pendidikan percuma untuk pelajar Melayu

Tetamu VIP

DATO' SERI DIRAJA DR ZAMBRY ABD KADIR, Menteri Besar Perak.

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pelajar Melayu yang berkelayakan harus diberikan peluang pendidikan percuma bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD).

Ia merupakan satu daripada lima usul yang dikemukakan sempena Persidangan Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kali Ke-57 selama tiga hari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Usul mengenai pendidikan itu dikemukakan oleh perwakilan dari Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, usul itu akan dibawa ke peringkat tertinggi dan tidak akan terhenti dalam dewan persidangan sahaja.

"GPMS berpendapat dalam keadaan orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dan kemampuan belajar yang masih rendah, mereka perlu diberi ruang belajar tanpa ada kekangan apatah lagi jika mereka adalah pelajar cemerlang.

"Ini selaras seperti mana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perkara ini dengan jelas," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, GPMS juga mahu supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan pemberian pinjaman kepada pelajar lain yang memenuhi syarat tanpa mengira latar belakang kaum.
"Pada masa sama, GPMS berpendapat, konsep pembayaran balik pinjaman secara ujrah yang diperkenalkan badan itu merugikan pelajar Melayu.

"Kami akan menyiapkan kajian lengkap dan menyerahkan penemuan kepada PTPTN dalam masa terdekat tentang kenapa ia merugikan," katanya.

Antara usul lain yang turut dibawa ialah mendesak kerajaan menghalang pihak tertentu mempromosikan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); membincangkan pindaan Sekyen 15 Akta Kolej dan Universiti 1974; memartabatkan tulisan jawi serta subjek sejarah diajar di peringkat sekolah rendah.

Dalam pada itu, persidangan kali ini turut meraikan ahlinya yang bergelar raja sehari apabila persidangan menerima kunjungan Setiausaha Agung GPMS Selangor, Rezduan Razali yang melangsungkan perkahwinan dengan Halinah Ag Yussoff pada 16 September lalu.

"Saya terharu dengan penghormatan ini dan akan terus berjuang bersama GPMS sejak menyertai pada 2001," katanya selepas memotong kek perkahwinan di atas pentas bersama Ahli Majlis Tertinggi GPMS.

Sementara itu, persidangan tahun hadapan akan diadakan di Akademi GPMS Terengganu selepas menerima undian tertinggi perwakilan iaitu sebanyak 80 undi mengalahkan Perak yang mendapat 49 undi.

Kali terakhir negeri itu menjadi tuan rumah ialah pada 1985.

8 Dec 2011

Strategi Dan Dasar Perjuangan GPMS

1. Hala tuju perjuangan adalah berdasarkan kepada tiga perkara berikut:

i. GPMS memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan
ii. GPMS gedung melahirkan pemimpin negara
iii. GPMS di peringkat cawangan adalah tunggak perjuangan ini yang akan diperkasakan.

2. Cogan kata yang memperlihatkan kelantangan dan keberanian GPMS ialah:

"GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA"

3. Sebuah Panel Pemikir yang akan memberi idea dan pandangan terhadap fungsi GPMS ditubuhkan khusus dan dianggotai oleh pencinta perjuangan ini yang berumur di atas 40 tahun.

4. GPMS akan memberi fokus utama terhadap pelbagai isu pendidikan yang berkaitan pelajar Melayu melalui kaedah konsultatif dan perbincangan dengan pihak kerajaan. Disasarkan sekurang-kurangnya membincangkan 10 isu setahun sebagai penanda aras.

5. Melantik 6 orang AMT tambahan mengikut komposisi negeri dan 10 orang Pegawai Khas Presiden yang terdiri daripada penggerak muda yang berpotensi bagi membantu Presiden melaksanakan dasar dan strategi ini.

6. Perlembagaan GPMS akan dipinda dengan segera mengikut kehendak ahli dan kepentingan semasa.

7. Menetapkan tempat dan pengerusi Persidangan Agung GPMS untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 bagi melancarkan perlaksanaannya dan persediaannya dapat dilakukan dengan lebih awal.

8. Melaksanakan semua usul-usul dalam PAT sebelum ini yang tertunggak beserta usul-usul yang terkini.

9. Biro-biro yang ditubuhkan di dalam GPMS mestilah pelbagai dan terkini menjurus kepada pendidikan.

10. Menginstitusikan jawatan Penaung GPMS kepada Perdana Menteri Malaysia, Ketua Penasihat GPMS kepada Timbalan Perdana Menteri dan panel penasihat mestilah terdiri daripada mantan Presiden GPMS yang masih hidup sebagai penghormatan besar kepada mereka.

11. Dasar media yang telus dan terkawal dengan mandat yang jelas kepada Presiden dan Setiausaha Agung bagi isu di peringkat pusat. Pengerusi negeri dan YDP Cawangan boleh bercakap tentang isu setempat manakala semua ahli yang melaksanakan program boleh mempromosi program di media dengan sebebas-bebasnya.

12. GPMS hanya akan mengeluarkan kenyataan akhbar dan membincangkan isu-isu yang relevan dengan perjuangannya dan mengelakkan diri terutamanya dalam isu yang berkaitan serta berbaur politik bagi mengekalkan matlamat penubuhan GPMS.

13. GPMS akan menubuhkan GPMS Holdings Sdn. Bhd. dan Tabung Amanah Pelajar 1Malaysia untuk mendapatkan dana bagi membiayai pentadbiran dan aktiviti. Memeterai beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian yang dapat memberi manfaat kepada GPMS dan pelajar Melayu amnya.

14. Program Kad Keahlian GPMS akan diperkemaskan segera dan mensasarkan 50,000 keahlian baharu pada setiap tahun 2010, 2011 dan 2012.

15. Menjadikan Ibu Pejabat GPMS Kebangsaan dan Pejabat GPMS Negeri di seluruh negara sebagai Pusat Khidmat Pendidikan Pelajar Melayu.

16. GPMS Negeri dibenarkan bekerjasama dengan kerajaan negeri masing-masing tanpa mengira parti demi kepentingan pelajar Melayu.

17. GPMS akan mengadakan pelbagai kunjungan hormat bertemu pemimpin dan pencinta perjuangan Melayu demi mendapatkan ilmu serta pandangan yang bermanfaat.

18. Menggalakkan lawatan ilmiah ke luar negara bagi mendapatkan idea dan pengalaman baru. Di samping itu dapat mengadakan perbincangan dengan pelajar Malaysia di sana untuk menerangkan isu-isu semasa.

19. Program Sembang Intelektual / Kunjungan Hormat bersama tokoh dalam formulasi Strategi Melayu akan diperbanyakkan.

20. Berusaha mendapatkan Pingat Kebesaran dari YDPA untuk bekas-bekas Presiden dan Setiausaha Agung GPMS yang masih hidup sebagai tanda penghargaan terhadap jasa perjuangan mereka

21. GPMS akan memperkasa modul dan melahirkan penceramah yang mahir dalam motivasi yang berfokus kepada 5 aspek iaitu:
(i) Motivasi dan Teknik Belajar berkesan,
(ii) Motivasi Kepimpinan,
(iii) Motivasi dan Petua Menghadapi Peperiksaan
(iv) Motivasi Sukan
(v) Motivasi Keusahawanan.

22. Menerbitkan pelbagai buku yang berkaitan pendidikan (10 buah buku sebagai penanda aras).

23. GPMS menggalakkan pemimpin-pemimpinnya menggembangkan bakat kepimpinan di dalam Majlis Belia Daerah / Kawasan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Malaysia. Manakala, GPMS di semua IPT digalakkan untuk menyertai Pilihanraya Kampus masing-masing untuk membuktikan keberkesanan Sistem Latihan Perkaderan dan Kepimpinan GPMS.

24. Menonjolkan ikon Pelajar Melayu sebagai model kehebatan yang boleh dicontohi dengan kerjasama pelbagai agensi terutamanya dengan Program Permata Pintar.

25. GPMS akan membantu pelajar yang telah tamat peperiksaan utama di sekolah untuk melanjutkan Pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan kaedah dan strategi yang tersendiri.


BTB~~ 
"BELAJAR TERUS BELAJAR"

2 Dec 2011

Keahlian

GPMS - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Terdapat beberapa keahlian yang ada di dalam GPMS. Nak tau apakah keahlian yang terdapat di dalam GPMS. Jom kita baca selanjutnya.

1) Ahli Biasa

a) Pelajar Melayu warganegara Malaysia yang berumur kurang 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun yang tidak menjadi ahli mana-mana badan gabungan yang bergabung dengan GPMS. Mereka yang berumur tidak kurang 15 tahun boleh menjadi ahli dengan syarat hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

b) Individu Melayu warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun yang berminat dalam aktiviti GPMS.

2) Ahli Gabungan

a) Badan-badan pelajar Melayu termasuk di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi kerajaan atau swasta termasuklah kolej-kolej akademik dan maktab perguruan yang mana kesemua ahlinya adalah terdiri dari pelajar hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari kementerian atau mana-mana pihak yang mentadbir selia atau mengawal institusi di mana badan berkenaan berada.

b) Badan-badan atau pertubuhan bekas pelajar yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006.

c) Pertubuhan cawangan badan-badan pelajar Melayu yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006.

3) Ahli Bersekutu

a) Terbuka kepada badan-badan atau pertubuhan berdaftar yang bukan pertubuhan bekas pelajar atau yang berkaitan dengan pelajar yang berminat dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan pelajar Melayu.

4) Ahli Kehormat

a) Terbuka kepada individu Melayu yang prihatin dan ingin membantu dan bekerjasama dengan GPMS dalam mendaulatkan kepentingan pendidikan dan pelajaran di kalangan pelajar-pelajar Melayu.

b) Ahli kehormat dibuat secara jemputan atau lantikan oleh Majlis Tertinggi.

c) Ahli Biasa yang melebihi had umur 40 tahun yang telah mendaftar sebagai Ahli Biasa sebelum mencapai umur 40 tahun.

Akhir kata, Belajar Terus Belajar