SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI GPMS CAWANGAN KHAS UTEM . INI WILAYAH KAMI , INI WILAYAH GPMS . BELAJAR TERUS BELAJAR .

30 Dec 2012

Annual Grand Meeting GPMS UTeM 2012/2013


Assalamualaikum.

Pada 6 Disember yang lepas, GPMS Cawangan Khas UTeM  telah mengadakan satu Mensyuarat Tahunan bertujuan untuk memilih kepimpinan yang baru. Seramai 23 orang ahli GPMS UTeM merangkumi exco lama dan ahli baru telah dipilih untuk menerajui kepimpinan baru ini. 

Tahniah kepada saudara Mohd Faizal bin Khalik kerana telah dipilih sebagai YDP GPMS UTeM sesi 2012/2013. Semoga beliau mampu menaikkan nama GPMS UTeM ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang, dan seterusnya merealisasikan objektif dan tujuan GPMS dalam mendidik dan menaikkan martabat pelajaran anak-anak Melayu.

Saudara Faizal, YDP GPMS UTeM


Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi dan Exco-Exco lain yang telah dipilih untuk mengetuai exco-exco tertentu. Semoga kalian mampu memberikan komitmen yang tinggi kepada GPMS UTeM. 

Dan ucapan Terima Kasih yg tak terhingga juga diucapkan kepada MT dan Exco-Exco lama yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama GPMS UTeM. Jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa diingati. Diharapkan kalian juga akan sama-sama membantu MT dan Exco-Exco yang baru dilantik. Teruskan sokongan anda terhadap aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk sesi baru ini.

Saudara Ali dan Saudara Firdaus, mantan MT GPMS UTeM.

Sekalung Penghargaan juga kami hulurkan buat Jemputan-jemputan Khas yang turut hadir:

1) En Ezaruddin bin Abd Rahman - Timbalan Presiden GPMS Pusat merangkap Perasmi AGM
2)  En Marwan Abu Kasim - Pengerusi GPMS Negeri Melaka
3) En Irwanizam - Naib Pengerusi GPMS Melaka
4) En Ramzul Alias - MT GPMS Pusat
5) En Erdzuan Jamaluddin - Naib Pengerusi GPMS Negeri Melaka
6) En. Mohammad Saifullah - Setiausaha GPMS Negeri Melaka
7) En Hamzaitul Akmarizal - Exco GPMS Negeri Melaka

Buat ahli-ahli GPMS UTeM yang sama-sama hadir memeriahkan AGM kali ini, terima kasih kerana sanggup meluangkan masa anda bersama kami. Jangan lupa untuk sertai program-program kami akan datang.

Gambar-gambar sepanjang AGM. Terima kasih kepada jurugambar: Amir Hamzah.




  















Post by: Ajriya Amran

17 Apr 2012

Sekilas GPMS UTeM bersama Sekolah Menengah Sains Muar 6 7 dan 8 APRIL 2012

Kami Dari GPMS Caw Khas UTeM telah diberi tugas untuk Menjalankan satu program di SAMURA (Sekolah Menengah Sains Muar). Di sini kami bersama 342 Pelajar tingkatan Empat yang mempunyai masalah "HOME SICK". Akan Tetapi mereka semua adalah pelajar pelajar yang sangat bijak dan pandai....

Alhamdulilah kami dari GPMS Caw Khas UTeM dan UNIKL MICET telah berjaya melaksanakan tugas kami walaupun banyak dugaan yang telah kami laksanakan...

Amat terharu sekali mereka yang umpama tin kosong mampu berisi semula dengan Jati Diri untuk terus maju ke hadapan.
Kami dari GPMS CAW KHAS UTeM mengharapkan input dari kami adalah yang terbaik....InsyaAllah...tidak lupa juga kepada GPMS UNIKL MICET yang banyak sangat membantu menjalankan program ini.......

serba sedikit gambar - gambar ketika aktiviti kami~~













Sekian dari kami.....jumpa lagi nanti yeee~~~

9 Mar 2012

Majlis Erat Kasih Bersama Ahli GPMS UTeM

Salam perjuangan Dan Assalamuaikum kepada semua
Syukur ke hadrat ilahi dapat kita bertemu dan beramah mesra dalam
program yang tak seberapa ini.

pada malam ini, kami daripada warga GPMS UTeM
ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah
kepada semua peserta dan biro-biro
dalam menjayakan program pendakian di Gunung Datuk.

Program ini telah berjaya dijalankan
pada 25.2.2012.
program ini telah berjaya mencapai objektifnya walaupun 
terdapat sedikit permasalahan.
tetapi itu semua dapat kami minimum kan atas kerjasama
dan pertolongan sahabat semua.

Kami Pihak GPMS UTeM sekali lagi ingin mengucapkan
tahniah atas kejayaan anda semua.


Majlis Tertinggi Bersama Peserta


Meh ambik baju ni


borak la korang...


Rancak nye makan..






















allahamdulliah,
borak pun dah.
makan pun dh..
ape lagi.
saya chow dulu la eh..
nanti kita jumpa lagi.
thanks dan assalamualaikum

3 Mar 2012

SEKILAS BERSAMA MAJLIS CERAMAH MALIDUR RASUL SEKETERIAT ANAK MELAKA




~~CERAMAH MALIDUR RASUL~~
PADA 22 FEBUARI 2012 ( RABU )


CERAMAH YANG SANGAT MENUSUK HATI


PEMBERIAN MAKANAN DARI SEKETERIAT ANAK MELAKA





BERAMAH MESRA BERSAMA YDP SEKETERIAT ANAK MELAKA



KAUM HAWA JUGA SANGAT MEMBERANGSANGKAN




KATA KATA ALUAN DARI DATO YAAKUB


BANYAK PENGALAMAN DAN ILMU YANG DITIMBA DARI PROGRAM INI...
MOGA PROGRAM INI DAPAT DITERUSKAN PADA GENERASI AKAN DATANG SUPAYA TIDAK HILANG AGAMA PADA ANAK MUDA KITA PADA MASA KINI DI SAMPING MENIMBA ILMU

27 Feb 2012

Jejak Alam 2012

Salam Pejuangan daripada kami warga GPMS UTeM...
Mintak maaf pasal dah lama tak update blog ni...
sibuk sikit la...

Disini saya nk cerita pasal aktiviti Terbaru GPMS UTeM
aktiviti ini dinamakan Jejak Alam 2012. Ia diadakan pada 25.2.2012 yang bertempat di GUNUNG DATUK NEGORI SEMBILAN. Program ini telah disertai oleh Pelajar UTeM sendiri yang seramai 80 Orang. Kebanyakannya adalah ahli baru GPMS UTeM. Program ini diadakan untuk meningkatkan tahap kerjasama antara ahli GPMS sendiri, menimbulkan rasa cinta akan alam sekitar, menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku disekeliling kita dan meningkatkan rasa syukur kepada ALLAH s.w.t atas nikmat yang telah diberikan (pemandangan yang indah, kekuatan yang diberikannya untuk teruskan perjalanan menawan puncak,)


Peserta Pendakian GPMS


Warga GPMS


Trek Yang Santaiii


Guider Bergambo Dengan Datok KHALID YUNUS


Peserta Bergambo ngan Datok..


Sempat bergambo dengan Datok




Pendakian Ke Puncak di Teruskan


Laluan Turun


Menuju Ke Puncak.


Pemandangan Di puncak Datok. 


Tersenyum Dengan Keindahan Alam

Together At The Top










aii...nk turun dh ker...


Misi complete....
Program Lebih Mencabar bakal menyusul


Saya ingin berterima kasih kepada semua ajk-ajk atas segala pengorbanan anda semua..
Tidak lupa juga kepada Anip, Roza dan kawan-kawannya yang turut membantu dalam menjayakan programme ini...
Segala yang baik datang dari ALLAH s.w.t dan yang buruk datang dari saya sendiri...

sekian terima kasih...
assalamualaikumm....