SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI GPMS CAWANGAN KHAS UTEM . INI WILAYAH KAMI , INI WILAYAH GPMS . BELAJAR TERUS BELAJAR .

30 Dec 2012

Annual Grand Meeting GPMS UTeM 2012/2013


Assalamualaikum.

Pada 6 Disember yang lepas, GPMS Cawangan Khas UTeM  telah mengadakan satu Mensyuarat Tahunan bertujuan untuk memilih kepimpinan yang baru. Seramai 23 orang ahli GPMS UTeM merangkumi exco lama dan ahli baru telah dipilih untuk menerajui kepimpinan baru ini. 

Tahniah kepada saudara Mohd Faizal bin Khalik kerana telah dipilih sebagai YDP GPMS UTeM sesi 2012/2013. Semoga beliau mampu menaikkan nama GPMS UTeM ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang, dan seterusnya merealisasikan objektif dan tujuan GPMS dalam mendidik dan menaikkan martabat pelajaran anak-anak Melayu.

Saudara Faizal, YDP GPMS UTeM


Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi dan Exco-Exco lain yang telah dipilih untuk mengetuai exco-exco tertentu. Semoga kalian mampu memberikan komitmen yang tinggi kepada GPMS UTeM. 

Dan ucapan Terima Kasih yg tak terhingga juga diucapkan kepada MT dan Exco-Exco lama yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama GPMS UTeM. Jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa diingati. Diharapkan kalian juga akan sama-sama membantu MT dan Exco-Exco yang baru dilantik. Teruskan sokongan anda terhadap aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk sesi baru ini.

Saudara Ali dan Saudara Firdaus, mantan MT GPMS UTeM.

Sekalung Penghargaan juga kami hulurkan buat Jemputan-jemputan Khas yang turut hadir:

1) En Ezaruddin bin Abd Rahman - Timbalan Presiden GPMS Pusat merangkap Perasmi AGM
2)  En Marwan Abu Kasim - Pengerusi GPMS Negeri Melaka
3) En Irwanizam - Naib Pengerusi GPMS Melaka
4) En Ramzul Alias - MT GPMS Pusat
5) En Erdzuan Jamaluddin - Naib Pengerusi GPMS Negeri Melaka
6) En. Mohammad Saifullah - Setiausaha GPMS Negeri Melaka
7) En Hamzaitul Akmarizal - Exco GPMS Negeri Melaka

Buat ahli-ahli GPMS UTeM yang sama-sama hadir memeriahkan AGM kali ini, terima kasih kerana sanggup meluangkan masa anda bersama kami. Jangan lupa untuk sertai program-program kami akan datang.

Gambar-gambar sepanjang AGM. Terima kasih kepada jurugambar: Amir Hamzah.




  















Post by: Ajriya Amran

17 Apr 2012

Sekilas GPMS UTeM bersama Sekolah Menengah Sains Muar 6 7 dan 8 APRIL 2012

Kami Dari GPMS Caw Khas UTeM telah diberi tugas untuk Menjalankan satu program di SAMURA (Sekolah Menengah Sains Muar). Di sini kami bersama 342 Pelajar tingkatan Empat yang mempunyai masalah "HOME SICK". Akan Tetapi mereka semua adalah pelajar pelajar yang sangat bijak dan pandai....

Alhamdulilah kami dari GPMS Caw Khas UTeM dan UNIKL MICET telah berjaya melaksanakan tugas kami walaupun banyak dugaan yang telah kami laksanakan...

Amat terharu sekali mereka yang umpama tin kosong mampu berisi semula dengan Jati Diri untuk terus maju ke hadapan.
Kami dari GPMS CAW KHAS UTeM mengharapkan input dari kami adalah yang terbaik....InsyaAllah...tidak lupa juga kepada GPMS UNIKL MICET yang banyak sangat membantu menjalankan program ini.......

serba sedikit gambar - gambar ketika aktiviti kami~~













Sekian dari kami.....jumpa lagi nanti yeee~~~