SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI GPMS CAWANGAN KHAS UTEM . INI WILAYAH KAMI , INI WILAYAH GPMS . BELAJAR TERUS BELAJAR .

18 Jan 2013

Program Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Belia Melaka 2013



Assalamualaikum.

Baru-baru ini GPMS Caw Khas UTeM dengan kerjasama dari GPMS Negeri Melaka, IM4U, Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM UTeM), Hospital Melaka dan Pasaraya Mydin MITC Melaka telah mengadakan satu program amal bertempat di Mydin MITC pada 12 Januari yang lepas. 


Program yang bermula pada pukul 9 pagi ini telah dihadiri oleh mahasiswa mahasiswi UTeM dan orang-orang awam yang mengunjungi pasaraya Mydin pada hari tersebut. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Terima kasih kepada penderma-penderma darah yang sudi meluangkan masa anda mengunjungi dan menyertai program derma darah ini.

Turut mencuri perhatian adalah lawatan daripada Dato' Wira, speaker negeri Melaka yang turut turun padang meninjau suasana program. Kami juga sempat meraikan hari kelahiran beliau yang jatuh pada hari yang sama dengan program ini. 


Ucapan dari kami, semoga Dato' dipanjangkan umur dan sentiasa dilimpahi nikmat dan rahmat dari Allah, InsyaAllah. Terima kasih Dato' kerana sudi mengunjungi program kami :)

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM UTeM) yang turut sama meluangkan masa berganding bahu menjayakan program kami pada kali ini. Diharapkan ukhwah yang dibina akan berterusan sehingga ke akhirnya. Jangan lupa untuk sertai program-program kami yang akan datang.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program:

   









sekian terima kasih :)


Post by: Ajriya Amran


No comments:

Post a Comment