SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI GPMS CAWANGAN KHAS UTEM . INI WILAYAH KAMI , INI WILAYAH GPMS . BELAJAR TERUS BELAJAR .

24 Oct 2011

KEJAYAAN SEORANG MANUSIA

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap.Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.

~~BELAJAR TERUS BELAJAR~~



23 Oct 2011

Assalamulaikum.....Tahniah Kepada mereka yang berjaya



Alhamdulilah~~

Selesai sudah konvokesyen pelajar - pelajar UTeM....Tahniah kepada mereka yang berjaya dengan kejayaan mereka yg mereka tempuhi dalam masa 4 atau 3 tahun di UTeM.....
Moga kejayaan terus di sisi pelajar - pelajar UTeM....GPMS UTeM sentiasa mendoakan kejayaan pelajar - pelajar UTeM supaya terus maju ke hadapan dan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik~~~

..BELAJAR TERUS BELAJAR..