1) Ahli Biasa
a) Pelajar Melayu warganegara Malaysia yang berumur kurang 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun yang tidak menjadi ahli mana-mana badan gabungan yang bergabung dengan GPMS. Mereka yang berumur tidak kurang 15 tahun boleh menjadi ahli dengan syarat hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
b) Individu Melayu warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun yang berminat dalam aktiviti GPMS.
2) Ahli Gabungan
a) Badan-badan pelajar Melayu termasuk di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi kerajaan atau swasta termasuklah kolej-kolej akademik dan maktab perguruan yang mana kesemua ahlinya adalah terdiri dari pelajar hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari kementerian atau mana-mana pihak yang mentadbir selia atau mengawal institusi di mana badan berkenaan berada.
b) Badan-badan atau pertubuhan bekas pelajar yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006.
c) Pertubuhan cawangan badan-badan pelajar Melayu yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006.
3) Ahli Bersekutu
a) Terbuka kepada badan-badan atau pertubuhan berdaftar yang bukan pertubuhan bekas pelajar atau yang berkaitan dengan pelajar yang berminat dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan pelajar Melayu.
4) Ahli Kehormat
a) Terbuka kepada individu Melayu yang prihatin dan ingin membantu dan bekerjasama dengan GPMS dalam mendaulatkan kepentingan pendidikan dan pelajaran di kalangan pelajar-pelajar Melayu.
b) Ahli kehormat dibuat secara jemputan atau lantikan oleh Majlis Tertinggi.
c) Ahli Biasa yang melebihi had umur 40 tahun yang telah mendaftar sebagai Ahli Biasa sebelum mencapai umur 40 tahun.
Akhir kata, Belajar Terus Belajar
No comments:
Post a Comment